herba,herbs,madu, halal,minuman herba,makanan herba Produk halal tanggungan kita bersama.

Saturday, October 29, 2011








Adalah semua maklum bahawa tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan makanan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk mengubati berbagai jenis penyakit kronik dan sebagainya.

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, lebih 200 jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad(Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd)


Satu lagi produk terbaik di pasaran sekarang. Qaseh Kekanda untuk lelaki dan Qaseh Adinda untuk wanita.Mengandungi kurma,madu,habbatus sauda, zam-zam, zaffaran, zaitun,tiin,ginkgo,sireh,herba,ayurveda dan lain-lain herba traditional.
Produk ini memberi tenaga fizikal dan minda serta menstabilkan emosi, menguatkan sistem imun, melancarkan peredaran darah, memperbaiki sistem organ dalaman & membantu stabilkan hormon.

Pilihlah Qaseh kerana ianya pilihan ummah Rabbani. Qaseh adalah satu usaha memartabatkan amalan pemakanan sunnah demi meraih pahala daripada Allah S.W.T. Produk yang menitikberatkan konsep Halalaan Thoyyiban dengan proses pengilangan IMP (Islamic Manufacturing Practise)

Harga di pasaran sekarang adalah EM RM71.90, WM RM76.90