herba,herbs,madu, halal,minuman herba,makanan herba Produk halal tanggungan kita bersama.: Produk Minuman

Produk Minuman

Minuman ALG
RM21.00
Minuman ALG : merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi dan gout.HPA menggunakan teh ALG untuk tujuan resdung yang serius.

Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

MINUMAN ASAM JAWA RTD
RM2.60
  • Dihasilkan daripada pfroses pengekstrakan asam jawa usang ang gelap.
  • Menggunakan gula perang sebagai bahan pemanis, tidak menggunakan pewarna.
  • Secara biologinya, asam jawa mengandungi unsur mineral seperti magnisium, natrium, kalsium dan zink.
  • Diketahui berupaya menyembulkan beberpa penyakit seperti rheumatism, batuk, demam, alergi dan ulser mulut.
  • Selain itu, ianya berfaedah dalam penjagaan kesihatan dengan memberikan tenaga serta mengekalkan kesegaran badan.
  • Boleh mengurangkan lemak dalam badan.
  • Isi asam jawa dapat menghilangkan sembelit, hilang selera makan, loya dan muntah.

ChloropHyll Drops HPA
(30ml)
RM50.00
 Produk HPA kali ini (klorofil) merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan laut yang diperkayakan dengan stem sel epal. (rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid korofil (klonsentrasi) yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh
meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari. InsyaAllah.

Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan
10++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.
 
 Air dari filter Dew HPA ialah pH 9++. Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil HPA. Selamat Mencuba..
Bahan-bahan :
Air R.O. Mineral Tersurih, Campuran Proprietri alkali dan ekstrak klorofil
Arahan Penggunaan :
Titikan 2-3 Alkalizing ChloropHyll Drops kedalam 500ml air minuman
Dan sedia untuk diminum
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI HERBALIS HPA




EQ Minda
(100% Madu Asli)
RM50.00 

EQ Minda  : merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.
Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.
TAKRIF EQ (EI)
Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:
“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”
Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.
RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA
  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)
PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA
1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.
2. BADAM (ALMOND)
Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.
Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:
35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin
3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.
4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. (Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.
5. KURMA (DATES)
Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.
6. TIN (FIGS)
Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.
7. KISMIS (RAISINS)
Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.
8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.
9. HALIA (GINGER)
Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.
Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.
Penggunaan EQ Minda:
Diambil sebelum makan, 1 sudu kecil, 2-3 kali sehari
Ulasan Pengarah Urusan HPA tentang produk ini:
Penyakit kuning selepas bersalin
Bagi mengelakan berlakunya penyakit kuning pada anak-anak kecil selepas bersalin , para ibu bolehlah mengamalkan ubatan HPA yang terdiri dari :-
1. Eq minda - pengambilan mestilah sejak dari tujuh bulan mengandung (2 sudu besar x 3 kali/hari)
2. omega 3 kapsul - 2 x 3
3. Spirulina kapsul - 2 x 3
Kesemua herba diambil sejak dari 7 bulan lagi. Anak yang lahir bukan sahaja tidak terkena demam kuning tetapi menunjukan kecerdasan minda dari kecil lagi.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI HERBALIS HPA