herba,herbs,madu, halal,minuman herba,makanan herba Produk halal tanggungan kita bersama.: Profile

Profile


Nama saya adalah Jamalia Mohd Zin. Saya adalah ibu kepada dua orang anak lelaki yang sedang meningkat dewasa. Tercetusnya hati ini untuk memperjuangkan produk halal ini adalah selepas mengalami kebas-kebas di tangan sebelah kanan.

Saya ada masalah perjalanan darah yang tidak tetap juga masalah kolestrol yang sedang melanda di awal usia 40 an. Saya diperkenalkan produk ini oleh seorang hamba Allah yang terlalu berusaha untuk memperjuangkan produk yang telah terbukti halal.

Setelah mencuba D,Karm, saya berasa masalah saya berkurangan dari sehari ke sehari. Memang terbukti berkesan produk ini dan semestinya kita tahu herba adalah penawar segala penyakit.

HPA Companies adalah Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad selaku pengasas HPA memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Beliau yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya. Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 5000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta. Ahli HPA Malaysia kini seramai 700,000 orang, Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang, Kemboja 3,000 orang. Jumlah Cawangan sebanyak 200 cawangan dengan 37 cawangan utama. Jualan tertinggi pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga terdapat perniagaan lain seperti 11 buah restoren makanan segera (RFC). perhotelan, homestay, dobi, restoren masakan cina, restoren organik, restoren pizza (Malaysia dan Indonesia)

Pengilangan

HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.

2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.

3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.

4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.

5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.

7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1500 orang.